saya tak cantik tak comel rupa,
tapi saya pandai masak enak dirasa,
boleh lah buat isi perut kita,
tak perlu makan kedai bile kite dah tua.
saya bukan perempuan bijak tahu segala,
tapi saya tahu memandu kereta,
boleh la ganti awak bile kita berdua,
tak delah awak penat drive sorang sahaja.
saya mungkin cepat sensitif tak semena,
tapi saya tak cepat gelabah,cool sahaja,
tapi kadang-kadang saya cepat terlupa,
awak nak tak jaga saya???
saya tak cantik,
saya tak sempurna,
saya cepat gemuk bila tak dijaga,
saya hati tisu menangis je kerjanya,
saya kuat tidur sampai bengkak mata,
saya bukan list perempuan idaman semua.
TAPI...
awak nak tak jaga saya?
terima saya yang dah gemuk bila dah tua?
tolong kejut saya kalau saya tidur tak terjaga?
pujuk saya kalau saya menangis x semena?
saya memang tak ade apa-apa,
saya cuma ada hati yang ikhlas terima awak,
cinta yang cukup besar untuk awak,
dan ruang yang luas dalam hidup saya untuk awak....
:)