1. nama penuh saya HASLINA BINTI CHAZALI.
2. keluarga, sanak saudara & jiran tetangga panggil saya LINA.
3. kawan-kawan rapat panggil saya HAS.
4. Saya tak suke berambut panjang.
5. Saya seorang yang sangat SIMPLE.
6. saya dibesarkan di GELANG PATAH, JOHOR.
7. saya sangat bangga menjadi rakyat negeri JOHOR.
8. saya merupakan pelajar UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. mengambil kursus IJAZAH SARJANA
MUDA SAINS SOSIAL (GEOGRAFI).
9. Sekarang saya sangat rindu pada keletah dua orang anak buah saya .
10. saya amat kuat TIDUR.
11. dan kuat MAKAN juga.
12. Tunang saya adalah bahagian terbaik hidup saya.
13. tiap tahun emak saya bagi ucapan hari lahir dengan menyelitkan ayat "SEMOGA CEPAT
MATANG".
14. saya akui saya masih kebudak-budakan dari segi perangai.
15. McD bantu saya terus hidup.
16. COOLBLOG patut jadikan saya duta.
17. GSC adalah tempat saya melepaskan tekanan dan membuang masa.
18. saya gila karoke. sangat GILA KAROKE.
19. menyanyi membantu saya melepaskan tekanan.
20. saya tak makan budu, cencalok.
21. saya kuat makan nugget (western food).
22. saya tak makan nasi selain nasi warna putih.
23. saya tak makan makanan yang pelik-pelik.
24. saya hanya makan LAKSA JOHOR yang mak saya buat.
25. saya paling suka MASAKAN MAK saya.
26. saya anak ketiga dari LIMA orang adik beradik.
27. saya suka bercakap sorang-sorang (tabiat buruk)
28. saya mandi agak lama.
29. saya suka pakai slipor dan sneakers.
30. saya tak suke orang HIPOKRIT (talam dua muka)
31. saya tak suka approved orang yang bukan-bukan kat facebook saya.
32. Kadang-kadang saya jenis yang memilih.
33. Saya baru berjinak-jinak maen blog.
34. saya tak rajin balas komen kat blog.
35. saya mampu tidur selama 15 jam (rekod peribadi) dan bangun tanpa pening kepala.
36. saya pandai memasak.
37. saya pandai menjahit.
38. saya tak suke bawa kereta manual, sekali-sekala bleh la kalau terdesak.
39. saya suka tengok filem aksi.
40. saya seorang yang pendiam.
41. saya tak ada ramai kawan.
42. tahun 2010 saya suka warna merah.
43. tahun 2011 saya suka warna KUNING.
44. tapi sebenarnya saya suka warna EMAS, HITAM dan PUTIH.
45. saya tak berapa suka pada binatang.
46. saya bukan perempuan TIPIKAL.
47. saya seorang yang BARAN.
48. saya rasa saya seorang yang sangat COMPLICATED.
49. saya tak reti tidur tanpa pakai GEBOR.
50. MOHAMAD SYUKUR adalah tempat saya mengadu segalanya.
51. NUR AKMA dalah kawan baik saya di GELANG PATAH, JOHOR.
52. WANI, KATY DAN TUTY adalah kawan baik saya dari UMS.
53. saya rasa saya ada citarasa yang baik dalam muzik.
54. saya tak suka pergi tempat yang sesak dengan manusia.
55. saya suka BAIZURA KAHAR.
56. ABAH DAN MAK adalah idola terbaik dalam hidup saya.
57. saya rasa MAK SAYA adalah perempuan paling cantik dalam dunia.
58. saya suka tengok & stalk perempuan comel-comel.
59. saya bekas pelajar dari SMK GELANG PATAH.
60. Saya berkenalan dengan tunang saya di kedai buku (sweet kan).
61. saya TAK suka aktiviti luar.
62. Saya TAK suka bersukan.
63. saya suka bau BABY.
64. Saya tak pernah pakai LENSE (teringin jugak)
65. saya suka makan NASI LEMAK.
66. saya suka makan MAGGI SUP campor dengan nasi putih.
67. kawan saya suka panggil saya GILA. jahat kan mereka?
68. saya pakai dua nombor. maxis dan celcom.
69. saya dah tak ada idea dah skang.
70. dalam adik beradik, badan saya paling kecil (tak tau la bleh bertahan sampai bile)
71. saya pernah gila dan addicted dengan CHOKI CHOKI.
72. sepanjang belajar di UMS, saya banyak merasai asam garam KEHIDUPAN.
73. Saya tak suke dipaksa dalam sesetengah perkara.
74. Saya akan berubah warna bile balik dari FIELDWORK.
75. saya jarang menonton TELEVISYEN.
76. zaman sekolah tiap bulan saya beli majalah REMAJA.
77. saya sangat amat GEMBENG (mudah menangis).
78. saya bercakap ikut sedap mulut saya (agak kasar).
79. saya tak suka lelaki badan ketul-ketul.
80. mak saya selalu marah saya sebab asyik beli slipor.
81. saya tak suka YM & SKYPE.
82. tapi saya boleh YM dengan orang yang saya sayang sahaja. :)
83. saya suka g JALAN-JALAN dengan sayang saya sebenarnya (hari2 pun sanggup)
84. saya rasa semua orang tau saya suka kereta MYVI (cool kan)
85. Ade jugak orang cakap saya ni macam orang TERENGGANU. Tak patot!
86. Saya rindu pada OKSIGEN saya.
87. Lipstick sangat penting bagi saya.
88. Saya lahir tahun ular.
89. dulu saya gila snap muka sendiri. kesian. batak dengan henpon.
90. saya tak suka makan ubat.
91. in fact saya tak reti melukis.
92. saya suka tengok muka OKSIGEN saya. :)
93. saya tak boleh tengok cerita triller.
94. saya suka tengok cerita katun.
95. Saya cume ade lesen kereta.hehehe.
96. saya suka geget straw (tabiat buruk lagi)
97. saya cepat merajuk. tapi senang okay balik.
98. kadang-kadang saya rasa saya ni sangat gedik.
99. saya sangat menyampah orang yang buat kerja hegeh-hegeh.
100. bila tension/ stress saya lebih suke memerap kat bilik.
:)